Saturday, 22 April 2017

"Anonymous" dan kesedaran individu dalam era digital

Oleh Amirah Jasmine bt Jamaluddin (49620)

Dalam era digital yang sentiasa berkembang pantas tanpa mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan media digital dilihat semakin penting bagi memudahkan segala urusan. Penggunaan media digital bukan lagi benda asing dalam kehidupan harian manusia. Hal ini demikian kerana, kemudahan yang disediakan oleh media digital ini telah menyebabkan meledaknya jumlah penggunanya dari tahun ke tahun. Di samping itu, kehadiran media ini turut membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat dalam atas talian. Menurut Ali dan Samsudinn (2012) penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya

Kewujudan media digital turut memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk kumpulan atas talian untuk menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita online, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam perbincangan atas talian, dan memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa (Ali & Samsudin, 2012).




Namun, masih terdapat golongan yang tidak peka akan era digital ini. Golongan ini dikenali sebagai "anonymous" iaitu individu yang mempunyai identitinya tidak dikenali di dalam internet. Mereka bersikap demikian kerana berfikiran bahawa individu lain tidak akan menyedari kewujudan mereka. Maka, mereka lebih suka tidak dikenali dan tidak meletakkan identiti diri yang sebenar di dalam internet.Anonymity ini berkait rapat dengan teori individualism dimana mereka hanya mendedahkan identiti dengan kumpulan yang mereka rasa penting dan yang mempunyai norma-norma yang sama dengan mereka. Oleh disebabkan itu, terdapat banyak penipuan dan pemasalahan yang berlaku dalam media digital. 

Sebagai contoh, terdapat banyak pengguna di laman social Facebook tidak menggunakan gambar dan name sebenar sebagai infomasi diri dan menggunakan alam maya ini sebagai laluan alternatif untuk melakukan activiti penipuan. Oleh sebab itu, para pengguna Internet perlulah meningkatkan kesedaran keselamatan di Internet demi mencegahkan jenayar siber.

Hal ini demikian kerana, penggunaan media digital dapat memberikan informasi dengan pantas namun kesahihannya diragui dan kesannya ke atas masyarakat amat dikhuatiri dan menjadi satu kegelisahan kepada orang ramai. Yang menjadi kebimbangan dan kegelisahan masyarakat apabila media massa mungkin boleh menjadi alat yang amat berpengaruh dan berkesan dalam usaha penyebaran propaganda. Bukan itu sahaja, media ini juga berkemungkinan boleh menggunakan kedudukan mereka untuk mengeksploitasi masyarakat supaya mempercayai atau melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. Tambahan lagi, sesetengah orang pula berpendapat bahawa pengusaha-pengusaha media boleh menggunakan media untuk mengawal masyarakat tanpa menggunakan kekerasan, tetapi hanya dengan menggunakan propaganda dan pemujukan.


Jadi apabila semakin ramai orang bergantung kepada peranti digital yang dipegang oleh mereka sebagai sumber maklumat, maka semakin bertambah pula kekuasaan peranti digital untuk mengawal masyarakat. Jadi tidak hairanlah penggunaan peranti digital yang semakin hari semakin canggih sebenarnya merisaukan banyak pihak kerana apa-apa yang disogokkan melalui kandungan media tidak semuanya positif, malah terlalu banyak yang negatif. Oleh itu persoalan adakah masyarakat dan diri sendiri menyedari akan  era digital yang segala maklumat dapat diperoleh hanya di hujung jari sudah pasti terjawab dengan kemasukkan teknologi canggih dan limpahan maklumat yang terlalu banyak di dalam media digital ini.

Oleh itu, dalam memahami perubahan yang berlaku dalam era digital kita perlu mempunyai kesedaran bahawa tidak semua perkara yang dikongsi atau yang diterima benar dan tepat. Hal ini demikian kerana, Identiti diri individu dan maklumat boleh berubah-ubah.  Jadi kita perlu bijak menggunakan teknologi agar tidak menyalahgunakan kelebihan yang telah ditawarkan oleh era digital.

RUJUKAN:

Ali Salman & Samsudin A. Rahim. 2012. New media and youth participation: towards nation building. Retrieved from http://www.ukm.my/ [27 September 2012].

18 comments:

  1. HI Amirah, thank you for sharing an interesting view about this topic of the anonymous nature of online identity that we can have nowadays.

    At first glance, being anonymous can bring out a mysterious and private vibe, where you can freely express yourself or share any information in a " low profile" manner. To be honest, I have ever thought of opening another social media account by using a pseudonym and just adding few friends and freely talk about things.

    My current Facebook friends are almost 900++ and sometimes I feel so constrained when it comes to talking about stuff that I want to talk to, mostly because my mum and other aunties, uncles, not so close friends even lecturers (ahem )are there hahahaha.

    But once again, I am reminded that being anonymous is a double edged sword. Random people can put stuff online and many information that are not verified get published, shared and consumed. Imagine our journals being published by anonymous authors. That's a total nightmare, not only just in terms of validity but also citation hehe.

    I think we should be wise in our intention of being anonymous and use it for a good purpose online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setiap individu yang menjadi anonymous mempunyai sebab dan tujuan mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah terdapat banyak anonymous di media sosial. Tapi kita perlulah menggunakannya dengan tujuan yang betul. thank you joyce

      Delete
  2. Dear Jasmine, thank you for sharing. I stay anonymous on the Internet to protect my personal information and online privacy. Also, there is totally freedom when I am being anonymous online. I am free to comment, to stalk people and to do many activities. In my opinion, people easily disclose more when they are act as anonymous in the virtual world due to they think that their identity will not be identified. So, As Joyce mentioned in the early time, online users must be stay aware of their intention and usage of being anonymous on the Internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sok fern. Saya setuju dengan anda bahawa dengan menjadi anonymous kita lebih bebas dan lebih terbuka untuk berkongsi kerana orang tidak mengetahui diri kita yang sebenar dan saya juga kadang-kala seperti itu.

      Delete
  3. Hi Jasmine, i agree with you that people can use virtual world's power to control people to believe what they are posted and try to control people's mind. Hence, we, as a social media user, we need to know the limit and know that there is a lot of validity need to be proved in digital world before the content we can believe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you jia chi. Saya juga percaya pengguna pasti bijak menggunakan media sosial dan tidak menyebarkan sebarang maklumat diri kepada individu lain.

      Delete
  4. Thank you Jasmine for sharing your information. To me, staying anonymous has both its advantages and disadvantages. The advantages are that it can provide me freedom to post something that I wouldn't usually do and I feel protected by staying anonymous. However, I still think that staying anonymous is bad because we have high tendency to post something that can cause harm to people and it does not actually present who we are. In other words, we are creating a fake identity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi esther. Ya. Menjadi anonymous boleh menyakitkan individu lain. Jadi bagi saya ia bukanlah perkara yang wajar dilakukan.

      Delete
  5. Terima kasih Jasmine atas perkongsian mengenai topik yang sedang hangat berlaku pada ketika ini. Ya, saya akui sekiranya kita merahsiakan identiti kita, sebenarnya kita mempunyai tujuan yang lain dan kebanyakan tujuannya adalah tujuan yang negatif. Tetapi tidak dapat dinafikan sekiranya merahsiakan identiti kita juga membawa kesan yang positif kerana kita dapat menyelamatkan identiti kita daripada diketahui umum yang mana sekiranya kita dilabel, dimarah, dicaci atau di"viral"kan, orang tidak dapat menjejaki. Jadi, ia membawa dua keadaan yang berbeza sama ada positif ataupun negatif. Sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aini. Menjadi anonymous dapat merahsiakan identiti kita. Tetapi kadang-kala ada individu yang suka mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan dan sebagainya.

      Delete
  6. Thank you Jasmine. The most important thing to keep in mind, today, where nearly everything is done through the internet and social media at it's height, is that not everything is how it looks to be. Everyone has their own flaws, struggles and day-to-day problems. Just because you look at someones Instagram account and see they are smiling in every pictures, doesn't mean they don't have their fair share of bad days. The truth is, we don't get to see the behind-the-scenes of everyone's life through social media, and we don't have a right to see any of that, anyway. We just get to see the parts they want to show. We see the behind the scenes of our daily lives whether it's struggling with how you look or how much you make or the drama going on with your family or friends or whatever else it might be. Everyone has their own demons they have to face and you are not the only one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi patrick. Ya, saya sangat setuju dengan anda. Kadang-kala tidak semua perkara yang disiarkan atau dipaparkan adalah yang benar mengenai seseorang itu. Banyak kisah disebalik senyuman yang dapat dilihat di media sosial tersebut. Namun, kita perlu tetap berfikiran positif.

      Delete
  7. Hi Jasmine, I think that being anonymous online today has became hard and harder. We are always expected to fill in all our basic information to login or create an account before we get in a page. For instant, social media. and when this became a norm, it is really hard to keep anonymous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi winnie. Bagi saya itu mungkin salah satu cara mereka untuk memastikan maklumat atau perkara yang kita kongsikan benar dan tidak menyalahgunakan media sosial tersebut.

      Delete
  8. Hai, Jasmine.
    Anonymous is one of the way to keep our safety. Firstly, we can avoid scam. I only connect with the friend I knew, they are qualified to know my basic information because they knew it already. My way to protect my safety is not give my contact number for the account of social media, including facebook. I would not simply tell my phone number to persons I do not know.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya juga begitu. Tetapi masih ada individu yang tidak mementingkan keselamatan diri. Jadi tidak hairanlah masih banyak kes yang tidak baik berlaku. Thank you jessie

      Delete
  9. Hai Jasmin.

    Terima kasih atas perkongsian artikel ini. Pada pendapat saya, istilah "anonymous" sebenarnya bergantung kepada tujuan individu itu tersendiri. Untuk tujuan keselamatan adalah utama bagi saya kerana privasi yang kita tetapkan pada laman sosial atau mana mana laman sosial yang lain perlu ditekankan.Saya juga mengambil tindakan untuk menyembunyikan identiti saya pada laman sosial facebook kerana ia terlalu umum untuk semua orang lihat mengenai maklumat diri kita. adalah baik untuk langkah keselamatan untuk bertindak bijak dan klik pada butang maklumat yang tepat, sahih dan beri manfaat kepada diri kita. Jadilah pengguna IT yang bijak. Sekian. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ema. Ya betul. Saya setuju dengan anda bahawa tujuan kita yang sebenarnya yang menentukan cara penggunaan kita. Jadi kita sebagai pengguna perlu membetulkan niat terlebih dahulu dalam apa-apa yang ingin dilakukan.

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.