Sunday, 23 April 2017

IDENTITI LGBT MEMPUNYAI DUA PERSPEKTIF

Oleh: Noraini Nor Azli (48071)




Blog yang diberi nama “Good As You” ini merupakan satu daripada blog yang menceritakan perihal LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender)Pada zaman globalisasi ini, dengan adanya sistem teknologi yang semakin canggih dan hebat, semua pihak berpeluang untuk menyampaikan pandangan masing-masing mengenai sesuatu isu. Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa gejala LGBT semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Walaupun terdapat sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, Brasil dan Kanada yang menyokong ideologi tersebut, namun begitu, ada juga yang menentangnya oleh kerana ia tidak bersesuaian dengan budaya dan corak kehidupan di negara tersebut, contohnya seperti Malaysia.

          American Honda Motor Malaysia dikatakan telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen seluruh dunia terutamanya daripada negara Malaysia dan Indonesia kerana Honda telah menyokong program Columbus Pride Parade, anjuran LGBT  yang akan dijalankan di Ohio, Amerika Syarikat (Sinar Online, 2014). Hal ini jelas menunjukkan bahawa, amalan LGBT tidak dibenarkan di dalam Malaysia sama sekali. Bukan sahaja ia bertentangan dengan agama, malah ia telah menimbulkan satu persekitaran yang tidak baik dalam kalangan golongan muda pada hari ini (Kurniawan, 2016).


          LGBT merupakan sebuah akronim yang dibuat khas untuk menekankan “budaya yang berdasarkan identiti seksualiti dan jantina”. Perkara seperti ini mula terkenal di Amerika Syarikat yang mana ia telah digunapakai oleh para majoriti seksualiti dan identiti. Kadang-kadang istilah LGBT digunakan untuk semua orang yang tidak heteroseksual, homoseksual, biseksual atau transgender. Perlakuan ini juga tidak terlepas daripada pandangan dan politik, ideologi, agama, budaya, sosial, hukum dan ekonomi (Kurniawan, 2016).



Blog ini ditujukan khas kepada siapa?
Kebiasaannya blog-blog seperti ini ditujukan khas kepada beberapa jenis orang. Pertama, orang yang anti-LGBT. Hal ini demikian kerana, mereka ingin mengubah persepsi pembaca agar menjadi neutral kerana tidak semestinya LGBT ini akan mengundang perkara yang negatif sahaja. Golongan yang terjerumus ke lembah LGBT ini kebanyakannya terjadi atas pilihan mereka kerana mereka berpendapat bahawa mereka mempunyai hak untuk berkelakuan sedemikian. Mereka memerlukan masyarakat untuk memahami isi hati dan perasaan mereka. Hal ini juga merupakan satu daripada cara yang efektif untuk menegakkan identiti mereka sebagai seorang yang LGBT kepada umum dan identiti tersebut sememangnya telah melekat di dalam diri mereka.

          Kedua, kebiasaannya blog seperti ini ditujukan khas kepada golongan LGBT itu sendiri. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa golongan yang masih ragu-ragu dengan keputusan yang telah dibuat untuk menjadi seorang LGBT. Jadi mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada orang lain untuk mendapatkan sokongan, idea dan pendapat. Dengan melayari blog-log yang ditujukan khas buat mereka, sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk menetapkan pendirian dan identiti mereka sebagai seorang yang LGBT. Jadi, ia merupakan sebuah sokongan dan dorongan moral yang mampu membantu mereka untuk terus menjadi seorang LGBT tanpa mempedulikan sentimen-sentimen negatif daripada persekitaran.

Siapa yang dibenarkan melayari blog ini?


Tiada halangan untuk menyertai sesuatu blog. Hal ini demikian kerana, blog adalah sebuah medium yang mampu diakses oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang. Blog seperti ini boleh dilayari untuk tujuan akademik, hiburan, maklumat tambahan dan sebagainya. Ia tidaklah terlalu ekstrem sehingga boleh mengubah identiti seseorang secara mendadak setelah membacanya. Sebagai seorang manusia yang bijak, kita boleh membuat pilihan sama ada ingin berfikiran positif mahupun berfikiran negatif. Keputusan terletak di tangan kita! Anda yang menentukan kehidupan anda.

Bagaimana menangani pendapat yang berbeza?
Tidak dapat dinafikan sekiranya sesuatu blog dibuka, pasti ramai pihak yang akan memberikan pandangan maing-masing. Ada pihak yang cenderung untuk menyokong, malah ada juga pihak yang cenderung untuk menentang. Kebanyakannya adalah menentang. Dalam isu LGBT ini, terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pilihan tersebut terletak di tangan masing-masing. Mereka boleh menidakkan perasaan tersebut sekiranya mereka mahu. Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih baik.

          Perbezaan pendapat seperti ini sememangnya menyebabkan si pelaku menjadi runsing untuk menetapkan pendirian dan identiti mereka kerana mereka perlu memikirkan dalam dua skop yang berbeza dan dua kesan yang berbeza. “Menyokong tidak semestinya menggalakkan, membantah tidak pula membenci.”


          Jadi untuk menangani masalah perbezaan dan pertembungan dua pendapat yang berbeza ini, setiap pembaca dan pemberi komen perlulah bersikap neutral. Hal ini demikian kerana, tidak semua orang bernasib baik untuk menjadi seorang yang baik. Walau bagaimana identiti yang kita bawa, kita harus percaya dengan setiap ketentuan yang telah ditakdirkan. Jangan menilai seseorang dengan perwatakan dan identiti mereka, tetapi nilailah mereka dengan sebaik mungkin. Orang yang neutral bukanlah menyokong perlakuan ini, tetapi orang yang neutral merupakan orang yang bersikap terbuka dengan faktor sekeliling terutamanya apabila wujudnya teknologi sebagai penghubung kepada identiti dan prinsip seseorang. Secara keseluruhannya, Pro LGBT atau Anti LGBT? Anda yang menentukan.

 atau??



Rujukan:

Sinar Online. (2014). Sokong LGBT: Ramai boikot Honda. Dipetik daripada
          http://www.sinarharian.com.my/nasional/sokong-lgbt-ramai-boikot-honda-1.535698

Kurniawan, D. (2016). Pandangan Mengenai LGBT. Dipetik daripada 


Sabri, Z. (2012). My Suara Blog. Dipetik daripada
        http://mysuarablog.blogspot.my/2012/10/khas-buat-golongan-lgbt.html



18 comments:

  1. Hi Aini, thank you for writing a thought provoking article. While I do not support LGBT due to my faith and values, I am definitely against actions that discriminate them and their rights. I do not see the relevance of condemning them just because we are different, whether offline or online.

    I really think it is important to reflect on the minority/majority concept online. Those who are portrayed to be the minority in real life may garner a huge following in the virtual world. I do think it is important to have equal platforms for both sides to express themselves. Equal freedom of expressions should be granted without attacking each other's beliefs to a point where it cause great conflicts.

    Mutual respect is the key. The moment you try to "change" the other person's opinion by force, you have already lost the battle, whether online of offline.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome..
      Thank you Joycelyn for your sharing.
      I am very appreciate your last paragraph: 'Mutual respect is the key". Yes, its true. :)

      Delete
  2. Dear Aini, thank you for sharing this interesting topic. Based on your discussion, we can see that the Internet offers various platform for people to freely share their opinions, ideas and interact with each others.

    I stay neutral towards LGBT issue. They have the human rights to be themselves and deserve respects from us. As they LGBT community has been suppressed by the society, the only way for them to speak out their words is through the Internet.

    The mainstream should not discriminate the LGBT community as everyone of us deserves respect and to be treated on an equal term.

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Sok Fern. Yes, your are right, we should be neutral towards this issue because we need to be open-minded so that these people that involve in LGBT can get equal lifestyle with normal people.
      Thank you again :)

      Delete
  3. Hi Aini, i agree with your statement. Yes, LGBT is one of a sensitive issue that people need to aware of when they talk about it because not all people would accept nor reject it. However, LGBT is also not an issue that people need to put double standard with because people is distinctive. We are same to each other, yet, we are different in terms of our personality, our like or dislike and also our choice of love.

    Hence, personally do think that LGBT is a group of distinctive person that might different with us but yet, they still live in their amazing way. Is our choice to support or stay neutral or hate, however, we should not put our stand in their shoes because this is what makes us different to another.

    ReplyDelete
  4. Hello Aini. Thank you for your post. LGBT is a very sensitive issue all the while. Hence, many people tend to avoid to mention or stay away from LGBT persons which then will cause discrimination to them. As a social scientist like us, we need to remain neutral in handling the issue of LGBT. To me, although I do not agree of this matter,however,I respect them because they are also humans being where they deserve to choose who they want to be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Esther. Welcome. Thank you for your sharing. Yes, we are human. Nobody is perfect. "Neutral doesn't mean you are supporting them, but neutral is showing your personal positive identity". Thank you for your comment.

      Delete
  5. Thank you Aini. Expert found certain ways to help diminish prejudice and discrimination against LGBT. Lesbian, gay and bisexual people who want to help reduce prejudice and discrimination can be open about their sexual orientation, even as they take necessary precautions to be as safe as possible. They can examine their own belief systems for the presence of antigay stereotypes. They can make use of the lesbian, gay and bisexual community, as well as supportive heterosexual people, for support.
    Heterosexual people who wish to help reduce prejudice and discrimination can examine their own response to antigay stereotypes and prejudice. They can make a point of coming to know lesbian, gay and bisexual people, and they can work with lesbian, gay and bisexual individuals and communities to combat prejudice and discrimination. Heterosexual individuals are often in a good position to ask other heterosexual people to consider the prejudicial or discriminatory nature of their beliefs and actions. Heterosexual allies can encourage nondiscrimination policies that include sexual orientation. They can work to make coming out safe. When lesbians, gay men and bisexual people feel free to make public their sexual orientation, heterosexuals are given an opportunity to have personal contact with openly gay people and to perceive them as individuals.
    Studies of prejudice, including prejudice against gay people, consistently show that prejudice declines when members of the majority group interact with members of a minority group. In keeping with this general pattern, one of the most powerful influences on heterosexuals' acceptance of gay people is having personal contact with an openly gay person. Antigay attitudes are far less common among members of the population who have a close friend or family member who is lesbian or gay, especially if the gay person has directly come out to the heterosexual person.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Such a long sharing Loi. Thank You for your point of view. I'd like the sentences and I hope we can be neutral in whatever decision made by LGBT people. Okay ~

      Delete
  6. Hi Aini, interesting topic. First of all, anything happens everywhere and exist like racist, discrimination or LGBT. I believe that everyone has own perception towards different topic and that certain topic might trigger their emotion the most. If this question is thrown to my side, I will say, nothing wrong. There is nothing wrong to chose being a LGBT, racist, discriminator, judger. All I emphasis is not against the code of law and ethic if you can take and afford what you chose to life along with.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like your NEUTRAL point, Winnie. Yes, its nothing wrong, because it is their choice. But, of course, if we can help them to back to reality, we can do so... Hehehe

      Delete
  7. Good job, Aini. You chose a hot topic.
    Seems like LGBT is develop in the internet. People have their own choice to choose what them like. So, we also have right to choose we like their choice or not. However, we no need to voice our opinion that either we support or against LGBT. The most important things is we need to maintain the harmony relationship. Make it peaceful and simple. We have not right to interfere the others life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harmony is everything, Jessie. Thank you for your opinion..

      Delete
  8. Hai Aini.

    Terima kasih atas perbincangan artikel yang berbentuk arena intelektual. Saya rasa tertarik dengan topik perbincangan ini dan ingin menyatakan pandangan saya mengenai persoalan terakhir anda iaitu adakah Pro LGBT atau Anti LGBT?. Maka saya menyahut soalan itu dengan menegakkan pandangan peribadi serta pengalaman saya berkawan dengan gologan LGBT ini bahawa saya adalah Pro untuk membantu mereka dari kancah LGBT. Saya tidak beranggapan bahawa golongan ini amatlah memberi kesan buruk kepada peratusan peningkatan ke arah golongan LGBT dalam sesebuah negara. Namun yang lebih membimbangkan apabila kita sebagai masyarakat yang ada mata untuk melihat, akal untuk befikir dan daya usaha untuk bertindak tidak digunakan sepenuhnya sebagai insan yang normal. Makna normal di sini saya rujuk kepada tindakan fizikal kita serta kerohanian kita, usah disalahkan golongan ini kerana mereka ada sebab tersendiri yang mungkin tidak dapat dielakkkan, tidak mampu mengubahnya atau tidak mampu untuk menyahmatikan firasat tersebut. Terlalu banyak cara untuk kita mengubah "fenomena" ini sejak dulu sehingga kini. Lihat kepada proses pembangunan dalam institusi kekeluargaan itu sendiri bagaimana. Usah menunding jari dan menjatuhkan hukuman hanya kerana kita beranggapan bahawa mereka ini perosak kepada "tingkah laku" "budaya" atau membawa imej yang buruk kepada sesebuah negara. Berikan mereka sokongan dan peluang untuk berubah kearah kebaikan bukan menambah beban dalam diri mereka untuk terus dalam "fenomena" sedemikian selamanya.

    Selain itu, suka saya tekankan semula pernyataan tersebut bahawa sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pilihan tersebut terletak di tangan masing-masing. Mereka boleh menidakkan perasaan tersebut sekiranya mereka mahu. Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih baik. Lihat kepada konteks semasa kita memberi idea/pandangan/keputusan, takkan sama setiap pernyataan yang diberikan. maka, begitulah juga diri mereka yang mengalami keadaan yang berbeza beza. Selagi kita mampu bawa mereka ke arah kebaikan, itu adalah lebih baik. Tetapi sekiranya kita tidak mampu mengubah keadaan tersebut, ada jalan ada inisiatif untuk kita bersama sama ke arah kebaikan. Sekian. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Wah! Perkongsian yang menarik Ruzimah. Terima kasih. Saya amat bersyukur kerana masih ada insan yang masih memahami topik hangat ini, kerana zaman sekarang tidak dinafikan bahawa setiap orang mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menolak kehadiran LGBT dalam kehidupan harian mereka. Jadi, saya rasakan bahawa kita bertanggungjawab untuk kembalikan mereka ke pangkal sekiranya mampu. Andai itu kekuatan dalam diri saya, hendak juga saya berbuat begitu, tetapi saya tahu saya tidak begitu kuat untuk mengubahnya kerana saya HORMAT mereka SEADANYA. Terima kasih sekali lagi Ruzimah..

    ReplyDelete
  12. Hai aini. LGBT merupakan isu yang sangat sensitif dan sejujurnya saya tidak terlalu mengikuti isu ini. Tapi bagi saya semua orang mempunyai hak untuk menentukan cara hidup mereka. Jadi terpulang kepada mereka.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.