Oleh Amirah Jasmine (49620)
Penggunaan internet di Malaysia meningkat kepada 41 peratus pada 2010 daripada 25 peratus pada tahun sebelumnya menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Nielsen Mobile Insight Malaysia 2010 yang dikendalikan oleh The Nielsen Co (M) Sdn Bhd. Bukan itu sahaja, Malaysia turut muncul sebagai negara ketiga yang mencatatkan peratusan tertinggi untuk segmen pengguna internet dengan nilai sebanyak 67 peratus selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruhan pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara kira-kira 252.4 juta.
Pencetus lonjakan pengunaan internet ini adalah selepas kerajaan memperkenalkan insiaitif Pakej Komunikasi Belia, di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara pada tahun 2012. Tinjauan SKMM pada tahun 2011, melaporkan terdapat 36 juta pengguna telefon di Malaysia. Manakala tahun 2014 pula melaporkan terdapat 45 juta pengguna telefon di Malaysia. Ini memperlihatkan kejayaan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pengguna telefon sebanyak 25%. Menurut Google Barometer 2014, lebih 51% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet, dan 42% pula membuat pembelian dalam talian melalui peranti mudah alih. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 73% belia berusia 18-24 tahun menggunakan internet setiap hari dan kumpulan kedua terbanyak pula berumur 35-44 tahun sebanyak 63% pengguna. Ini menunjukkan internet menjadi satu keperluan kepada rakyat Malaysia.
Persoalannya siapakah yang menopoli penggunaan internet ini. Adakah golongan lelaki atau wanita? Pada tahun 1960, teknologi dilihat berat sebelah kearah lelaki daripada wanita. Oleh itu wanita merasakan bahawa mereka tidak tergolong dalam teknologi. Ramai penyelidik menunjukkan bahawa ibu bapa, guru dan pengeluar perisian cenderung untuk memberi petunjuk kanak-kanak perempuan bahawa sains komputer bukan untuk mereka, dengan itu ia memberi kesan kepada perasaan kanak-kanak perempuan ke arah teknologi maklumat (Bimber, 2000). Hal ini menggambarkan bahawa budaya mempengaruhi wanita dan lelaki dalam penggunaan internet.
Menurut Crocco, Cramer and Meier (2008), lelaki dan wanita mempunyai minat yang sama dalam penggunaan komputer. Walaubagaimanapun, tujuan penggunaan internet berbeza. Kenyataan ini disokong oleh Hargittai dan Shafer (2006) yang menyatakan bahawa penggunaan internet bagi lelaki dan wanita berbeza disebabkan kebolehan teknologi mereka. Selain itu, banyak kajian yang menunjukkan bahawa lelaki dan wanita berbeza disebabkan banyak faktor dan salah satunya adalah faktor biologi. Di samping itu, turut dipengaruhi oleh peranan jantina. Disebabkan itu, timbul persoalan kenapa dan bagaimana jantina mempengaruhi penggunaan internet.
Pada realitinya memang tidak dinafikan bahawa jika dilihat dari aspek masa dan kepakaran tentang teknologi lelaki lebih mendominasi. Namun menurut Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna internet didominasi oleh wanita dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan bahawa wanita lebih berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan aplikasinya. Wanita juga sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google ataupun YouTube berbanding lelaki. Hal ini membuktikan bahawa peratusan wanita yang menggunakan Internet adalah hampir atau sama seperti lelaki. Jika dilihat kepada penggunaan lelaki lebih cenderung menggunakan internet untuk tujuan kepuasan diri sendiri atau hiburan seperti memuatnaik permainan atas talian, manakala wanita lebih kepada aktiviti yang mengeratkan hubungan, seperti berinteraksi atau bersembang atas talian dengan keluarga atau rakan-rakan, mencari maklumat kesihatan, dan membeli barangan atas talian. Hal ini jelas menggambarkan bahawa penggunaan internet ini dipengaruhi oleh sifat semulajadi jantina itu sendiri dan budaya yang diterapkan dari kecil lagi.
Daripada penerangan diatas jelaslah bahawa, penggunaannya internet adalah sama bagi kedua-dua jantina mungkin kerana kedua-dua jantina mempunyai pendedahan yang tinggi kepada teknologi melalui pengalaman pendidikan yang membolehkan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita untuk menyedari kebolehan mereka dan mencapai potensi penuh.
Rujukan
Bimber, B. (2000). Measuring the gender gap on the Internet. Social Science Quarterly, 81(3), 1-11.
Croco, M. S., Cramer, J., & Meier, E. B. (2008). Never mind the gap: Gender equity in social studies research on the technology in the twenty-first century. Multicultural Education and Technology Journal, 2(1), 19-36.
Nielsen. (2011, September 4). State of the media: the social media report. Retrieved from http://blog.nielsen.com/nielsenwire/social/
Terima kasih Jasmine. Pada pendapat saya, tiada yang lebih dan tiada yang kurang antara lelaki dan perempuan dalam penggunaan internet. Hal ini demikian kerana, masing-masing mempunyai motif dan keperluan tersendiri semasa melayari internet. Lelaki mempunyai caranya tersendiri, begitu juga perempuan. Tapi apa yang saya faham, lelaki lebih suka melayari internet seperti menonton bola atas talian, melayari video-video dan sebagainya. Tteapi perempuan pula lebih kepada media sosial dan hiburan. Jadi, masing-masing mempunyai niat tersendiri. Kita sendiri yang menggunakan internet, kita juga yang tahu apa mmotif kita. Jadi, gunakanlah internet sebaik mungkin, "jangan mencemarkan kebaikan internet dan mengindahkan keburukan penggunaan yang tidak baik". Chill -)
ReplyDeleteHai Noraini. Ya. Saya setuju dengan pendapat anda, bahawa tujuan penggunaan internet itu berbeza dan bergantung pada niat kita. Jadi marilah kita sama-sama menggunakannya dengan betul dan tidak mensia-siakan kelebihan tersebut.
DeleteDear Amirah Jasmine,
ReplyDeleteThank you for your sharing about the use of the Internet among different gender. I agreed on Noraini and your statements about people consume the Internet because they are intended to satisfy their different needs. So, it is about how the population especially men and women use the Internet in this technological era. I found an interesting article which wrote by Deborah Fallows in year 2005 that about various use of the Internet among different genders. For instances, she mentioned that women are more enthusiastic in online communication with their family and friends than men while men prefers to interact with special interest groups. Here to attach the article link in hope to provide more details and information about the use of Internet among different gender.
Link: http://www.pewinternet.org/2005/12/28/how-women-and-men-use-the-internet/
Hai Sok Fern. Dari apa yang saya baca hal tersebut berlaku disebabkan pengaruh budaya di mana wanita berkelakuan seperti itu disebabkan tanggungjawab atau budaya yang meminta wanita perlu lebih berinteraksi dan berkomunikasi untuk menjaga hubungan dengan keluarga.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete
ReplyDeletethoo esther12 March 2017 at 09:04
Thank you dear Jasmine for your sharing. I personally think the idea of the use of Internet based on gender have more disadvantages than its advantages. It is good to discover what is the difference of the usage among men and women as we can utilise the uses based on different needs. However, I think that this idea can worsen the idea of sexism in the society. Both women and men can be consuming the same thing in Internet, the difference is just that the consumption level. Therefore, if everything needs to be differentiated and determined by the norms of society even in the use on the Internet, I think it is unfair for both women and men. There are men who do not like to play games and prefer interaction. There are girls who are interested in online game and are a good player. Hence, the statistics shown are good for our knowledge, but is never a great tool as a measurement to define and limit the usage of Internet based on the tag of women and men.
I agree with you, Esther. The statistics serves only as a guideline but not a generalization.
DeleteYa. Saya tidak menafikan hal tersebut. Bagi saya isu tersebut isu yang sangat menarik untuk dibincangkan. Thank you esther and joyce.
DeleteHi Jasmine, thank you for sharing. I think it is difficult to generalized the online patterns of both male and female nowadays. Though it may seem that it is the majority, but I think a person's personality still plays the most significant role.
ReplyDeleteTo quote Dr Sophia, if we continue to spread information that man has a better advantage than woman in surfing the Internet, than it sends a signal to the public that man are always "better" in this aspect.
yeahh itu dia.. hahahahah. People have different objective while "playing" internet. Its depends, no such gender bias. Kikikihkih
DeleteHi Joyce. Saya setuju dengan anda bahawa personality memainkan peranan yang penting dan kita tidak perlu terus mengkatakan bahawa lelaki lebih dalam segalanya kerana pada masa ini jantina tidak lagi boleh membezakan kebolehan dalam semua aspek.
DeleteThank you Jasmine. It is interesting that nowadays everything will be labeled and differenciate by like gender. We always like to point out the differences but he also hate when people react differently to the odds. Believe me, i am always confused. To be honest, to observe and study the consumption of the internet among genders kinda make the "genders" much more burdened. And related to personal privacy.
ReplyDeleteHi winnie. Ya. Kita sangat tidak suka dibezakan kerana jantina. Saya faham apa yang anda maksudkan kerana kadang-kala ada segelintir pihak yang suka melebihkan sesuatu jantina hanya kerana jantina.
DeleteHello, Jasmine.
ReplyDeleteThis is the normal phenomena for the generation nowsaday. In my opinion, internet itself is neutral and it do not prone to any gender. Both genders have the same level of needs to use internet. Although the usage of both genders for internet is the same, but the they use internet for different purpose. Women tends use it for beauty and fashion, while men use it for sports and games. We can observe that women and men use it in different way for their entertainment.
Ya jessie. Tidak boleh dinafikan bahawa minat lelaki dan wanita jauh berbeza dan dari situ kita boleh lihat perbezaan antara lelaki dan wanita.
DeleteDear Jasmine,
ReplyDeleteI agree with you that both male and female also have same opportunity to explore in the Internet world although the aim is different. In technological era, all people do explore something new in Internet and they will use it in different aspect. So i do think that differentiate with gender is not more relevant because as you said, female will use social media more than male such as Facebook, Twitter and more but the percentage of male using social media also show a increase rate.
Hi jia chia. Ya. Lelaki semakin berminat menggunakan media sosial dan kita boleh lihat bahawa tujuannya juga hampir sama.
DeleteThank you Jasmine. The old saying “Men are from Mars, women are from Venus” holds water when it comes to how men and women use social media.
ReplyDeleteFemales use social media less than men for business reasons, whereas women use social media to share more personal information than me, revealing more about their personal lives. Women are more vocal, expressive and willing to share. In other words, women are biologically wired for social networking. At least, that’s according to data compiled by FinancesOnline.com.
Regardless, both gender use internet differently and there's no saying who monopolize it.
Ya patrick. Wanita sememangnya lebih suka berkongsi kisah pribadi dari lelaki mungkin kerana sifat wanita yang inginkan perhatian. Jadi mereka menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan dan menarik perhatian individu yang mereka inginkan perhatian.
DeleteHai Amirah,
ReplyDeleteTopik yang menarik untuk dibincangkan. isu ini seringkali berlaku dan sentiasa menjadi topik perbualan. Penegasan yang ingin saya katakan disini ialah "Lelaki atau Wanita" sebagai pengguna adalah sama konsep namun cara penggunaan tersebut yang perlu diambil perhatian. Memang ada perbezaan antara penggunaan perbezaan kedua-dua biologi tersebut. Lelaki lebih ke arah abstrak manakala kita sebagai wanita sebenarnya mempunyai "minat" yang terlalu banyak untuk merungkai setiap penggunaan internet tersebut. pendapat saya, lihat kepada instrumen yang utama dan apa tujuan setiap penggunaan internet ini. sekian.
Hai Ema. Tujuan sememangnya kunci utama seseorang itu melayari internet. Jadi saya pasti setiap individu yang melayari media sosial pasti mempunyai tujuan tersendiri.
Delete