Oleh Noraini binti Nor Azli (48071)
Berita atas talian merupakan alternatif baharu yang
digunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan
cepat. Antara contoh berita atas talian yang semakin giat dan popular di
Malaysia adalah Berita Harian Online, Harian Metro Online dan sebagainya. Kesemua
berita atas talian ini boleh dimuat turun secara percuma. Malah masyarakat juga
boleh mendapatkannya melalui laman sosial seperti Facebook.
Berita tradisional pula merupakan berita yang dicetak di laman akhbar secara
bertulis; hitam putih. Akhbar tradisional telahpun digunakan sejak berzaman-zaman dahulu dan masih kekal hingga hari ini.
Antara akhbar yang terdapat di Malaysia adalah seperti Utusan Malaysia, Nan
Yang Siang Pau, Metro, Berita Harian dan sebagainya.
Menurut
Lai (2010), generasi masa kini membesar bersama teknologi lebih cenderung
menggunakan internet untuk berkomunikasi, melayari maklumat atas talian dan
berhibur. Jika dilihat dari sudut
yang positif, sememangnya berita atas talian ini merupakan platform kepada zaman
teknologi yang agak canggih seiring dengan zaman peredaran pada masa kini.
Masyarakat lebih mudah mendapatkan berita terkini dengan lebih cepat dan
efisien, malah masyarakat juga tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan
sebarang berita di seluruh pelosok dunia. Hal ini demikian kerana, semuanya
telahpun disediakan dan mudah diakses oleh sesiapapun tanpa mengira waktu dan
tempat.
Selain itu, akhbar atas talian juga dikatakan sebagai medium yang paling tepat kerana kesegaran berita yang disampaikan ataupun yang dikeluarkan kepada umum. Hal ini demikian kerana, kesemua berita yang terjadi di setiap pelosok dunia dapat disebarkan serta merta. Masyarakat tidak perlu menunggu sehingga keesokan harinya untuk mendapatkan berita yang terkini dengan membeli surat khabar. Memandangkan urusan mengemaskini berita atas talian boleh dilakukan dengan hanya beberapa saat, berita tersebut dapat dikongsikan oleh para pengguna dengan lebih efisien dan berkesan.
Selain itu, akhbar atas talian juga dikatakan sebagai medium yang paling tepat kerana kesegaran berita yang disampaikan ataupun yang dikeluarkan kepada umum. Hal ini demikian kerana, kesemua berita yang terjadi di setiap pelosok dunia dapat disebarkan serta merta. Masyarakat tidak perlu menunggu sehingga keesokan harinya untuk mendapatkan berita yang terkini dengan membeli surat khabar. Memandangkan urusan mengemaskini berita atas talian boleh dilakukan dengan hanya beberapa saat, berita tersebut dapat dikongsikan oleh para pengguna dengan lebih efisien dan berkesan.
Namun begitu, kewujudan berita atas talian ini telah
memudaratkan reputasi akhbar tradisional yang mana masyarakat telah beralih
kepada akhbar atas talian. Menurut Berita Daily (2016),
pengedaran Utusan Malaysia pada tahun 1990-an adalah sekitar 350,000 naskhah
sehari. Namun begitu, pengeluarannya telah jatuh menjunam kepada 154,776 naskhah pada 31 Disember yang
lalu. Akhbar lain seperti Berita Harian juga telah menunjukkan kemerosotan
kepada 106,754 naskhah, Kosmo 187,967 naskhah dan Metro 179,231 naskhah.
Jadual 1: Peratus pengedaran akhbar bagi tahun 2002 hingga 2006.
Jadual 2: Jumlah pembaca akhbar bagi tahun 2006 hingga 2010.
Kewujudannya juga boleh menyebabkan fitnah yang berleluasa. Hal ini demikian kerana, kebanyakan berita yang disebarkan dikhuatiri kesahihannya. Banyak berita yang dikongsikan belum tentu diperoleh daripada sumber yang sah. Malah, ada juga individu yang sanggup memanipulasikan berita tersebut bagi mempengaruhi minda pembaca. Sebagai contohnya, segala hal yang berkaitan dengan ekonomi dan politik. Ruangan komen yang disediakan juga boleh menyebabkan salah faham antara pembaca dan penulis. Kebanyakan pengguna gagal untuk mengawal perasaan apabila membuat komen di ruangan yang telah disediakan, dan hal ini telah menimbulkan spekulasi dan masalah kepada pembaca yang lain, terutamanya apabila pengguna menggunakan isu sensitif seperti isu agama, bangsa dan lain-lain sebagai kunci untuk menimbulkan permasalahan dan mengganggu keharmonian di dalam negara.
Terdapat
ramai orang menganggap bahawa berita atas talian ini lebih bagus berbanding
akhbar tradisional, namun begitu, pernahkah anda terfikir kesan-kesan sampingan
yang dihadapi oleh para wartawan yang berkerja di unit berita? Pernahkah
sesekali kita menghargai jasa penulisan mereka? Pernahkah sesekali kita
terfikir akan pengorbanan mereka? Dan pernahkan sesekali kita berfikir dua kali untuk mempercayai kesemua berita yang disebarkan di atas talian?
Fikir
sejenak dan renung-renungkan. Anda yang memilih sama ada inginkan yang
tradisional ataupun berita atas talian. Jangan disebabkan oleh nila setitik,
rosak susu sebelanga. Jangan kerana peralihan zaman teknologi, menyebabkan
ramai wartawan yang bersusah payah menulis ditolak ke tepi sewenang-wenangnya.
Jangan disebabkan oleh kemajuan internet, budaya membaca akhbar semakin pupus. Namun,
jadikanlah teknologi sebagai pemacu kepada kemajuan, bukan pendorong kepada
kelalaian. Sama-sama kita menjadi pengguna yang bijak dalam membezakan antara
yang baik dan buruk.
Buatlah pilihan yang bijak, seseungguhnya pilihan yang ada di tangan kamu merupakan permulaan kepada kejayaan dan setiap keputusan yang anda lakukan merupakan kejayaan pada masa depan!
Rujukan
Berita Daily. (2016, November 22). Media Arus Perdana Semakin Terdesak. Diambil daripada http://www.beritadaily.com/bm/media-arus-perdana-semakin-terdesak.
Lai, S. K. (2010). Penggunaan Internet
dan Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Satu Di Sebuah Sekolah Menengah, Puchong. Projek Penyelidikan, Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dear Noraini,
ReplyDeleteThank you for your sharing about conventional versus online newspapers. No doubt about online newspaper is more convenient when compare with conventional newspaper. Moreover, it operates 7 days per week and 24 hours per day, so readers can get the latest news and information instantly. However, I still prefer the traditional or conventional newspaper due to its credibility and reliability. It still remains as the most trustworthy medium for news and information reporting in my heart.
Thank you for supporting my opinion. Actually, its all depends on ourselves, whether we want to trust its credibility or not. I'am very respecting you because until today, you are still preferring the conventional paper. But for me, both also important, just how we set our mind to be a good reader only. Thank you Sok Fern.
DeleteHai Noraini. Pada pandangan saya, akhbar atas talian lebih memudahkan saya mendapatkan maklumat dan berita semasa. Bukan itu sahaja, melalui akhbar atas talian saya dapat mengetahui lebih isu semasa yang tidak disiarkan oleh berita tradisional. Walaupun kesahihan berita atau maklumat akhbar atas talian kadang-kala diragui ia tetap membantu mendapatkan maklumat yang benar dimana akhbar tradisional perlu menjelaskan lebih terperinci maklumat yang disiarkan oleh akhbar atas talian. Berikutan kenyataan anda, bagi saya aakbar atas talian mahupun akhbar tradisonal kedua-duanya memainkan peranan yang penting untuk memupuk budaya membaca.
ReplyDeleteBetul tu Jasmine. Sebenarnya kedua-dua jenis akhbar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Untuk menjadi pembaca yang bijak, kita harus mengawal dan mengimbangkan kedua-dua kebolehpercayaan akhbar. Seharusnya kita menilai kredibiliti berita tersebut sebelum menyebarkannya, jika kita lebih cenderung kepada penggunaan akhbar atas talian..
DeleteHi Jasmine. It is true that the traditional newspaper has been changed to the online newspaper. I think that both newspapers have its market values for the readers. Some would say that online newspaper provides the a more convenient ways for the readers to access it and can get it for free. In addition, online newspaper also is more interactive as it provide videos and more visual images than the traditional form of newspaper. although traditional newspaper has lost its profit nowadays, it still has its market value. For those who has used to read traditional newspaper are still stick on this because they can have a touch to the newspaper and it appears to be comfortable to them. So both have their advantages.
ReplyDeleteSorry darling, I'm Noraini. Not Jasmine. Hehehee.. By the way, thanks for commenting yea :)
DeleteHi Noraini thank you for sharing your thoughts on this topic. Almost all mainstream, existing traditional newspapers have their online versions nowadays. Globalization makes everyone craving for the latest news instantly. For instance, whether it was the MH370 tragedy 3 years ago or the the recent Kim Jong Nam case, the latest information can constantly be updated and everyone from different parts of the world can access it.
ReplyDeleteHowever, I still appreciate the traditional newspapers as it is still inclusive of all topics. Not only that, reading the traditional newspaper helps me to improve my language skills and analytical skills. The experience of being the editor of Madah Samarahan B also taught me to appreciate the hard work of the editorial process. Every single piece of news is hard work.
I'm so glad with you Joycelyn. I hope, you can be a good journalist one day.
ReplyDeleteWe should appreciate our traditional version as well as digital version, so that it is balance and we can make our own evaluation..
thank you
Dear Noraini,
ReplyDeleteI truly understand your worried throughout the impact of newspaper online that emerge withing this past few years. Indeed, it have its pros and cons. We can receive information within our fingertips yet we can actually be fool by the power of Internet with posting information that are not being verify with the aim to influence people. Thus, we should remain objective when we view newspaper online and make some research to ensure its trustworthiness.
So, I just want to ask. Did you 100% depending on online newspaper? Saya amat berharap sekiranya Jia Chi menggunakan internet untuk mendapatkan berita, jangan lupa dapatkan maklumat sahih daripada akhbar bertulis, walaupun dunia sedang menghadapi zaman peredaran :) Thank you for commenting
DeleteThanks Noraini. As we are exposed to so much sources of news these days, we should really be rational towards no matter what we read or see online. i also agree that the credibility of traditional news source is much more reliable but it doesn't mean that online news are not. If we have to highlight the key characteristic of both sources, traditional news would be "consistance" and online news would be "fast".
ReplyDeleteThank you for your sharing. I hope we can be a good readers, good listener and good observer. Don't let the media control you, we control them, for better future. :-)
DeleteThank you Aini.
ReplyDeleteThe news is the media to provide the information for us to know what happening around the world. It is good for us from the aspects of its function. However, the readers need to be rational to determine the credibility of the sources. We need to be wise to use the sources but not manipulated by the influences of media. Personally, I prefer traditional news than online news.
Waaaa. Good! I like your choices. It seems like traditional news is more credible than online version right. Keep it going! Thank you for your sharing yea..
DeleteAs a newspaper enthusiast, I am happy about the success of online newspapers. However, I am terribly sad about the struggle of the print newspaper industry. The feeling of a warm newspaper right off the press is one of my favorite feelings, and the fact that a print newspaper can be physically held in your hands is a huge pro for print editions, in my opinion.
ReplyDeleteNot only can you hold a print edition in your hand when you first get it, but you can also save it back to look at any time.
A print newspaper is everlasting and unchanging, whereas articles can be hidden away on an online website in a matter of a few days. But new media have change how journalism works, it certainly change how reader's view from printed to online news.
Im glad your are newspaper enthusiast. Saya percaya apa yang anda katakan, akhbar cetak lebih akan dikenang. Saya juga berasa sedih akhbar cetak semakin hari semakin berkurangan dari hari ke hari. Namun, kita perlu terima hakikat bahawa teknologi telah menggantikan segalanya..:)
ReplyDeleteHai Noraini,
ReplyDeleteAkhbar Tradisional vs akhbar atas talian suatu topik yang agak menarik untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Berfokus kepada konsep pemilihan mendium yang betul bagi saya adalah memilih untuk akhbar tradisional berbanding akhbar atas talian kerana terlalu banyak sumber berita yang kurang sahih daripada atas talian ditambah pula dengan penulis bagi seumber berita tersebut terlalu ramai dan kurang dikenali. Kekalkan yang lama namun pelajari yang baru membawa makna kita perlu bijak dan cakna dalam apa jua sumber ilmu intelektual khususnya kerana dikhuatiri kita terlalu banyak terdedah dengan hal-hal yang kurang bermanfaat. maka ada baiknya kita bertindak bijak dan manfaatkan setiap sumber berita yang kita dapati daripada mana-mana talian sama ada secara tradisional atau atas talian. sekian.