Oleh Amirah Jasmine bt Jamaluddin (49620)
Dalam era digital yang sentiasa berkembang pantas tanpa mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan media digital dilihat semakin penting bagi memudahkan segala urusan. Penggunaan media digital bukan lagi benda asing dalam kehidupan harian manusia. Hal ini demikian kerana, kemudahan yang disediakan oleh media digital ini telah menyebabkan meledaknya jumlah penggunanya dari tahun ke tahun. Di samping itu, kehadiran media ini turut membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat dalam atas talian. Menurut Ali dan Samsudinn (2012) penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya.
Kewujudan media digital turut memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk kumpulan atas talian untuk menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita online, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam perbincangan atas talian, dan memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa (Ali & Samsudin, 2012).
Kewujudan media digital turut memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk kumpulan atas talian untuk menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita online, artikel atau blog, mengambil bahagian dalam perbincangan atas talian, dan memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa (Ali & Samsudin, 2012).
Namun, masih terdapat golongan yang tidak peka akan era digital ini. Golongan ini dikenali sebagai "anonymous" iaitu individu yang mempunyai identitinya tidak dikenali di dalam internet. Mereka bersikap demikian kerana berfikiran bahawa individu lain tidak akan menyedari kewujudan mereka. Maka, mereka lebih suka tidak dikenali dan tidak meletakkan identiti diri yang sebenar di dalam internet.Anonymity ini berkait rapat dengan teori individualism dimana mereka hanya mendedahkan identiti dengan kumpulan yang mereka rasa penting dan yang mempunyai norma-norma yang sama dengan mereka. Oleh disebabkan itu, terdapat banyak penipuan dan pemasalahan yang berlaku dalam media digital.
Sebagai contoh, terdapat banyak pengguna di laman social Facebook tidak menggunakan gambar dan name sebenar sebagai infomasi diri dan menggunakan alam maya ini sebagai laluan alternatif untuk melakukan activiti penipuan. Oleh sebab itu, para pengguna Internet perlulah meningkatkan kesedaran keselamatan di Internet demi mencegahkan jenayar siber.
Hal ini demikian kerana, penggunaan media digital dapat memberikan informasi dengan pantas namun kesahihannya diragui dan kesannya ke atas masyarakat amat dikhuatiri dan menjadi satu kegelisahan kepada orang ramai. Yang menjadi kebimbangan dan kegelisahan masyarakat apabila media massa mungkin boleh menjadi alat yang amat berpengaruh dan berkesan dalam usaha penyebaran propaganda. Bukan itu sahaja, media ini juga berkemungkinan boleh menggunakan kedudukan mereka untuk mengeksploitasi masyarakat supaya mempercayai atau melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. Tambahan lagi, sesetengah orang pula berpendapat bahawa pengusaha-pengusaha media boleh menggunakan media untuk mengawal masyarakat tanpa menggunakan kekerasan, tetapi hanya dengan menggunakan propaganda dan pemujukan.
Jadi apabila semakin ramai orang bergantung kepada peranti digital yang dipegang oleh mereka sebagai sumber maklumat, maka semakin bertambah pula kekuasaan peranti digital untuk mengawal masyarakat. Jadi tidak hairanlah penggunaan peranti digital yang semakin hari semakin canggih sebenarnya merisaukan banyak pihak kerana apa-apa yang disogokkan melalui kandungan media tidak semuanya positif, malah terlalu banyak yang negatif. Oleh itu persoalan adakah masyarakat dan diri sendiri menyedari akan era digital yang segala maklumat dapat diperoleh hanya di hujung jari sudah pasti terjawab dengan kemasukkan teknologi canggih dan limpahan maklumat yang terlalu banyak di dalam media digital ini.
Oleh itu, dalam memahami perubahan yang berlaku dalam era digital kita perlu mempunyai kesedaran bahawa tidak semua perkara yang dikongsi atau yang diterima benar dan tepat. Hal ini demikian kerana, Identiti diri individu dan maklumat boleh berubah-ubah. Jadi kita perlu bijak menggunakan teknologi agar tidak menyalahgunakan kelebihan yang telah ditawarkan oleh era digital.
RUJUKAN:
Ali Salman & Samsudin A. Rahim. 2012. New media and youth participation: towards nation building. Retrieved from http://www.ukm.my/ [27 September 2012].















